pakndak

Archive for the 'Yashica MG-1' Category

Percubaan

sabarbay

Dari 36 gambaq yang aku tangkap, cuma 3 keping ja yang dapat di cuci. Tapi tak heran la, mula- mula aku memang tak reti nak adjust lens kamera Yashica aku tue, maklumla semua manual. Aku pulak asyik tangkap malam ja walaupun takdak flash, habis hancur la. Untuk permulaan nie sekadar nak tengok dulu hasil gambar dia. Untuk blurrkan background belakang nampaknya berhasil, seperti gambaq di atas. Tue pun setelah aku menuntut dengan memba aku. Sebelum tue aku pakai tekan ja, ingatkan no yang tulis kat lens tue tak menjadi masalah jika nak tukar posisi, tapi semuanya mengikut kadar kira- kira suasana dan cahaya. Sekarang dah tak menjadi masalah, cuma aku tunggu hasil dari kamera Olympus Trip aku lak.

sabarbay1

Tapi susah sikit nak tangkap gambar di Tanta nie, orang arab sini perak sikit, tak sama macam arab Kaherah, sana lebih sporting. Lagipun tempat aku duduk nie kampung ja. Tangkap gambaq pun tak elok mana walaupun guna slr canggih. Semua nampak satu kaler ja. Kalau waktu tengah ari lagila, campur ngan debu, memang nampak putih ja kampung Sabarbay aku nie. Hujung bulan nie aku nak try jalan- jalan Kaherah untuk tangkap gambaq ngan kamera adim aku nie. Aku perlu cari sedikit kaler untuk menghasilkan lomography.

6 comments

Yashica MG-1

yashica mg-1

Dah lama aku pendam untuk memiliki kamera lama nie. Dok jumpa slalunya yang dah takleh pakai. Baru- baru nie aku jumpa satu jenama zenit, tapi mahai sangat. Kemarin aku try p survey kot pekan Tanta, aku jumpa satu kedai kamera di pedalaman Medan Saah, ada la dua tiga bijik kamera lama. Ingatkan dia takmau jual, sebab tengok macam koleksi dia ja. Try tya tengok dia habaq 240L.E, apa lagi terus angkat la. Walaupun usia kamera(1975) nie lebih tua dari aku, tapi AlhamduLillah semua berfungsi dengan baik.

PhotobucketPhotobucket

PhotobucketPhotobucket

Dikeluarkan dalam tahun 1975, Yashica Co. Ltd of Tokyo, Japan. Jenis nie body dia sedikit besar berbanding kamera lain. MG-1 nie menggunakan lens Yashinon 45m f/2.8 dengan CdS meter shutter kontrol. Untuk lagi informasi Yashica MG-1
2 comments