pakndak

Archive for the 'Outlet' Category

Takdak keja

tam jahid aku

5 comments

Ta’ban

Arini kuliah cuti, aku pun taktau nak buat apa, lama dah tak mengupdate blog.. Jadi arini aku bukak, beratus jugakla spam kat tempat komen aku, jenuh aku mengdelete. Taktau nak buat apa, tulis jugak sedikit sekadar mengaktifkan blog nie. Kalau dah lama tinggal, takut tertinggal terus.. Bulan nie sibuk sedikit, esok aku perlu ke Kaherah lagi, ada keja sikit. Nak upload gambaq pun, takdak pulak tempat yg sempoi aku p. Pasni kot, kamera aku pun dah berhabuk, lama dah tak guna. Ada kamera digital p jual, sekarang semua kamera filem, jadi sapa yg susah?hehe

2 comments

Majlis

Malam nie aku akan ke Cairo, esok semua student Perlis ada majlis ramah mesra bersama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Ibn Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis dengan ahlinya. Memang kena turun, rugi kalau tak p, dengaq kata buat kat Sungai Nil, taktau la atas kapal atau hotel. Makan besaq la aku esok, dah lama tak makan sedap- sedap nie. Sempoi, mintak- mintak la dapat duit Ghaya, hehe

6 comments

Mukallaf

Kuliah dah mula buka. Bermulanya fasa baru nie, aku sebagai pengulang yang terpaksa mengulang beberapa subjek lagi. Semua nie aku terima dengan redha. Mungkin juga Allah S.W.T nak mengfaqihkan lagi bidang yang aku ambik nie. Dah tiga bulan cuti aku berlalu, masa aku banyak terbuang macam tue ja, tanpa melakukan perkara- perkara yang bermanfaat, kalau ada pun mungkin sedikit. Mana perginya diri aku semasa menunggu result exam? Kini baru aku sedar, bila menunggu saat- saat penting camtu, sejadah aku sentiasa terbuka untuk aku melakukan solat malam. Aku sentiasa menyelak Al Quran untuk menenangkan hati aku. Tapi bila dah keluarnya result, mana perginya aku yang dulu? Awatla yang ada sikap nie kat aku? Aku jugak manusia, sifat munafik atau keji sikit sebanyak mungkin ada dalam diri aku. Bila susah, bila inginkan pertolongan Illahi, bila inginkan sesuatu, barula nak ingat kat Allah. Bila aku tak dapat apa yang aku kehendaki, kenapa aku tak berusaha lagi untuk meminta kepda Allah? kenapa aku harus berputus asa? Mungkin belum cukup usaha aku, atau mungkin belum cukup aku berdoa, mana tahu doa aku setakat nie 890 kali, mungkin doa aku yang ke 900 Allah terima. Aku perlu renungkan diri aku.. Baru aku sedaq, aku masih jahil. Banyak lagi yang aku perlu pelajari dan fahami. Tepuk dada, tanyalah Iman.

5 comments

Rindu kamu

my bespa

4 comments

Selamat berpuasa

Sabda Rasulullah:

“Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dan mengetahui batas-batasnya (ketentuannya) serta memelihara perkara-perkara yang perlu dijaga, maka dihapus dosanya yang telah lalu.”

(Hadis riwayat Al-Baihaqi ).

10 comments

Next Page »